Industri Makanan


1.0          INDUSTRI

1.1          Latar Belakang Industri
       Industri adalah suatu usaha atau kegiatan pengolahan bahan mentah atau barang separa siapmenjadi barang siap yang memiliki nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan. Hasil industri tidak hanya berupa barang, tetapi juga dalam bentuk perkhidmatan. Industri adalah nadi sesebuah negara. Pengeluaran makanan dikira perkara strategik bagi semua negara kerana ia melibatkan keselamatan atau "survival" bagi penduduk dan negara. Di Malaysia khasnya, industri pengeluaran makanan, khususnya pengeluaran makanan daripada sektor pertanian menjadi agenda penting negara. Kepentingan pengeluaran makanan telah menjadi objektif dalam Dasar Pertanian Negara 1998-2010, iaitu "meningkatkan keselamatan makanan dan memerangi inflasi". Di antara strategi utama DPN3 ialah meningkatkan pengeluaran makanan utama dengan kos yang kompetitif. Potensi perniagaan dan pelaburan dalam industri makanan di negara ini masih luas, ini kerana kita masih bergantung kepada dunia luar dalam mendapatkan sumber makanan. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara 1998, Malaysia mengimport RM9,847 juta makanan dan minuman, iaitu RM5,681 juta adalah import barangan makanan akhir dan RM4,166 juta adalah import barangan pertengahan untuk kegunaan industri makanan tempatan. Industri makanan merupakan industri merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara dan merupakan industri yang mempunyai permintaan yang tinggi dan berterusan. Industri atau sektor makanan ini banyak bergantung pada ekonomi negara. Misalnya, pada tahun 2011, ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang sederhana tetapi mantap. Ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini pula di jangka di dalam lingkungan 5%- 6%. Ini telah memberi kesan positif terhadap tahap keyakinan pengguna dan seterusnya memberi kesan yang positif  terhadap sektor makanan dan minuman negara. Di Malaysia, industri makanan ini boleh dipecahkan kepada industri makanan tradisional, industri makanan sejuk beku, industri makanan francais dan pelbagai industri makanan lain. Kepelbagaian jenis makanan yang terdapat dalam industri ini telah menghasilkan permintaan yang pelbagai terhadap industri makanan ini. Industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga budaya berbilang kaum negara ini, dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis bercita rasa Asia.  Industri pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia.  Adalah dianggarkan bahawa jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam lingkungan AS$3.5 trilion, dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada AS$6.4 trilion menjelang 2020.

  

1.2          Carta yang menggambarkan industri

                     Tahun
2007
2008
        Jumlah
          Peratus
   (%)
      Jumlah
    Peratus
(%)
            Eksport bahan makanan   
        
         13760
16.2
     8241
15.3
            Import bahan makanan
          23374
49.5
      13731
46.3




1.3       Pemain utama atau pesaing dalam industri

         Terdapat syarikat-syarikat lain yang menjalankan perniagaan yang hampir sama di dalam industri makanan tradisional ini. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah:

                              i.        MHP Enterprise Sdn Bhd

        Merupakan sebuah syarikat berasaskan industri makanan tradisional orang Melayu. Pejabat urusan dan pusat jualan MHP Enterprise terletak di Sungai Leman, Sekinchan. Aktiviti perniagaan ini ialah sebagai pengeluar makanan ringan dan kuih-muih. Produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah kuah kacang / kuah pecal, kuah rojak, pelbagai jenis kerepek dan pelbagai jenis baulu seperti
            -           Bahulu ikan kecil / besar
            -           Bahulu cermai
            -           Bahulu bunga / bahulu pecah lapan
            -           Bahulu gulung
            -           Bahulu lapis


                            ii.        Perniagaan Warisan Usaha

           Sebuah industri kecil dan sederhana (IKS) yang turut menjual aneka kerepek, biskut raya dan kuih tradisional seperti bahulu. Perniagaan ini diusahakan di lot 1455 km.1, Jln Sg Lang Baru, Banting, Selangor. Antara jenis bahulu yang terdapat di Perniagaan Warisan Usaha seperti:
-       Baulu Lapis Koko
-       Baulu Lapis Permata
-       Baulu Lapis Pelangi
-       Baulu Ikan
-       Baulu Cermai (Pandan/Coklat/ Stawberry)
-       Baulu Gulung


                           iii.        ME Asia Enterprise

        Bahulu Mak Esah telah didaftarkan dengan nama ME Enterprise Sdn Bhd. Syarikat ini beroperasi bermula Februari 2011 di  Kampung Sri Kinta, Ipoh Perak. Perniagaan Bahulu Mak Esah mula menjadi sebutan di bibir ramai pelanggan.  Bahulu Asli (Cermai) amat terkenal dan menjadi permulaan kepada perniagaan ini.  Mendapat tempahan dari kawasan setempat, kini tempahan turut diterima bukan hanya dari sekitar bandaraya Ipoh malahan juga tempahan dari sekitar lembah Klang. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah:
-       Bahulu cermai
-       Bahulu kemboja perisa asli
-       Bahulu kemboja chocolate rise
-       Bahulu ikan berinti
-       Bahulu ikan chocolate rise
-       Kuih Tiram,
-       Kuih Bingka,
-       Batu Karang (Ala-ala Muruku).


           

1 comment: