2.0 Syarikat
2.1 Latar
Belakang syarikat
Perusahaan Makanan Meru
(PMM) menyediakan pelbagai jenis
produk bakeri seperti Bahulu
Kemboja, Bahulu Pecah
8, Bahulu Gulung, Bahulu Cermai,
Muffin, dan Lapis Nanas. PMM juga menyediakan
perkhidmatan tempahan untuk cerderahati dan buah tangan untuk majlis - majlis
perkahwinan, ulang tahun dan sebagainya. PMM juga
turut menyediakan tempahan kek dan biskut di musim perayaan. Ianya dijanjikan
menepati cita rasa dan kehendak pasaran masa kini.
2.1.1 Profil
Pemilik
Perusahaan Makanan Meru
ini diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Razif Bin Aman dan Puan Christina Latifah Binti Abdullah. Mereka
gigih berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sudah menjadi penggemar
kuih bahulu PMM. Menurut Puan Latifah, sebelum menjalankan perniagaan, beliau
pernah terbaca sebuah artikel ekonomi Amerika yang menyatakan bahawa dalam abad
ke-21, perniagaan yang boleh berkembang adalah makanan dan perumahan serta
memandangkan pasaran makanan lebih stabil beliau mengambil keputusan untuk
mengeluarkan produk berasaskan makanan. Selain itu, daripada pengalaman bekerja
di kilang biskut, beliau mengamalkan konsep pemasaran yang diterapkan iaitu
mengikut kaedah mendidik pelanggan dan
menjual perkhidmatan serta tidak takut biarpun menghadapi banyak persaingan
daripada pengeluar-pengeluar lain. Untuk mengkomersialkan kuih tradisional kepada
moden bukan satu perkara yang mudah kerana di samping memerlukan kepakaran, ia
perlu penelitian terperinci. Maka mereka berusaha untuk mempelajari cara-cara
membuat kuih tradisional iaitu bahulu
yang diwarisi daripada ibu mentuanya itu dengan mencuba berulang kali sebelum
mendapat resepi yang betul-betul enak dan sesuai.
2.1.2 Profil
Syarikat
Pada hujung tahun 1995,
Encik Razif memulakan perniagaan dengan nama Meru Food Industry bersama lima
rakan kongsi. Selepas setahun, empat daripada lima rakan kongsinya menarik diri
dan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan ini bersama
isterinya. Kini dengan nama syarikat yang baru iaitu Perusahaan Makanan Meru, pasangan
suami isteri ini berusaha gigih untuk meneruskan perniagaan mereka dan sekarang
PMM mempunyai cawangan di Sabah dan cawangan terbaru di Puncak Alam yang masih
dalam proses pembinaan.
Pada awal perniagaan,
PMM lebih tertumpu pada pengeluaran biskut sahaja. Kini PMM lebih menumpukan
kepada pengeluaran bahulu pelbagai jenis. PMM memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan di rumah iaitu di Taman Seri Pekan Batu Belah hampir satu
setengah tahun. Selain itu, mereka cuba menghantar produk bahulu ini ke kedai, kilang
dan sekolah berhampiran Meru dan pada masa yang sama mereka membuat tinjauan berkenaan
kuih bahulu yang dikeluarkan daripada pelanggan.
PMM melangkah setapak
lagi apabila berjaya mengkomersialkan produk bahulu bukan sahaja dijual pada
setiap masa di kios-kios pusat membeli belah, bahkan sejak lima tahun
kebelakangan ini ia dijadikan cenderahati tetamu di majlis perkahwinan sebagai
pengganti bunga telur.
2.1.3 Visi
& Misi Syarikat
Visi
Menjadi Peneraju Makanan
Kuih Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia
Misi
Menghasilkan dan
mengeluarkan produk yang halal, bersih dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Keperluan pelanggan
menjadi inspirasi kami serta kualiti, produk, perkhidmatan, kepakaran dan
kemahiran memainkan peranan penting dalam menjadi peneraju utama dan antara
yang terbaik dalam industri makanan.
2.1.4 Objektif
Ø
Memenuhi
kehendak dan permintaan pelanggan
Ø
Memenuhi
cita rasa pelanggan
Ø
Tidak
menggunakan bahan pengawet dalam keluaran produk bahulu
Ø
Menggunakan
bahan mentah yang berkualiti yang tinggi untuk menghasilkan produk yang tahan
lama.
Ø
Mengkomersialkan
kuih tradisional kepada moden iaitu menjadikan bahulu sebagai cenderahati
Ø
Mengamalkan
konsep terbuka iaitu ‘The Best Man Win’ dan berserah pada Allah S.W.T
Ø
Mempertingkatkan
jualan dan mengurangkan kos pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti produk
2.1.5 Kewangan
Syarikat
Pemilik menubuhkan syarikat
ini dengan modal permulaan sebanyak RM 10,000.00 dengan bersumberkan model
sendiri tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana pihak mahupun pinjaman bank. Oleh
itu, hasil daripada jualan bahulu yang terdahulu, menggunakan modal pusingan
untuk membeli mesin pengadun ,bahan pembungkus dan bahan ramuan semasa membuat
bahulu kecuali satu daripada ketuhar pembakar dibantu oleh Pejabat Kemajuan
Negeri (PKN).Pengeluaran bahulu bergantung kepada permintaan pelanggan dan
beroperasi seminggu sekali mengikut jenis bahulu yang hendak dibuat bagi
permulaan operasi dan sekarang waktu operasi Isnin-Sabtu jam 8.00am-5.00pm
.Selain itu, permintaan bahulu akan meningkat sangat tinggi sehingga tiga kali
ganda daripada hari-hari biasa iaitu pada musim orang kahwin dan cuti sekolah. Oleh
itu, pendapatan syarikat untuk pengeluaran dan penjualan bahulu dalam sebulan
mencecah RM 50,000-RM 60,000 sebulan. Walau
bagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh PMM amat berpatutan dan murah berbanding
dengan perusahaan bahulu lain.
2.1.6 Lokasi
Perusahaan Makanan Meru memulakan
pengeluaran kuih tradisional bahulu di rumah pengusaha bertempat di Taman Seri
Pekan Batu Belah pada tahun 1996. Pada masa kini pengoperasian pembuatan bahulu
telah berpindah ke kawasan bandar iaitu di Lot1838, Batu 7 ¾ ,Jalan Bukit
Kapar, Meru, Kapar, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Perusahaan ini juga
mempunyai cawangan di Sabah yang diuruskan oleh adik-beradik pengusaha dan
dalam perancangan untuk menubuhkan cawangan lain di Puncak Alam.
Perusahaan Makanan Meru
Lot1838,
Batu 7 ¾,
Jalan
Bukit Kapar,
Meru, Kapar,
41200
Klang,
Selangor
Darul Ehsan
Tel:
03-33923848
www.perusahaanmakananmeru@blogspot.com
2.2 Produk Dan Perkhidmatan yang ditawarkan
oleh syarikat
Selama lebih 17 tahun, Perusahaan
Makanan Meru mengeluarkan produk yang berasaskan kuih tradisional iaitu bahulu.
Setelah produk-produk mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini
diceburi dengan serius dengan menambahkan cawangan di seluruh Malaysia dan
membuat penambahan pada jenis produk seperti muffin, kek marble dan kek kukus. Bahulu
keluaran memenuhi cita rasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, bahulu
yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis dan masih mengekalkan ciri-ciri
pembuatan tradisional. Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
2.2.1 Produk
Utama
PMM menyediakan tempahan
kuih bahulu untuk majlis perkahwinan dan kenduri antaranya Bahulu Pecah Lapan, Bahulu Cermai, Bahulu
Kemboja, Bahulu Lapis Nenas dan juga Bahulu Lapis Coklat.
2.2.2 Produk
Tambahan
Selain
itu, PMM juga menyediakan tempahan bagi Muffin, Kek Marble dan
juga Kek Kukus.
2.2.3 Perkhidmatan
Penghantaran
PMM juga menyediakan perkhidmatan
penghantaran bahulu di seluruh negeri tetapi jadual perjalanan terhad kerana
mempunyai sebuah lori sahaja untuk menghantar produk dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Oleh itu, caj perkhidmatan juga akan dikenakan mengikut
destinasi penghantaran, semakin jauh destinasi daripada PMM semakin banyaklah
caj yang akan di kenakan.
2.2.4 Senarai harga dan jenis kotak yang ditawarkan oleh PMM
No
|
Jenis Kuih
|
Harga (RM)
[<1000 pcs]
|
Harga (RM)
[>1000 pcs]
|
1
|
Bahulu
Kosong
(Kotak
Biasa)
|
1.40
|
1.20
|
2
|
Bahulu
Kosong
(Kotak
Bertangkai)
|
1.50
|
1.30
|
3
|
Bahulu
Kosong
(Kotak
Bertali)
|
1.60
|
1.40
|
4
|
Bahulu
Kemboja
(Kotak
Biasa)
|
2.20
|
2.00
|
5
|
Bahulu
Kemboja
(Kotak
Bertangkai)
|
2.30
|
2.10
|
6
|
Bahulu
Kemboja
(Kotak
Bertali)
|
2.40
|
2.20
|
7
|
Bahulu
Gulung
(Tanpa
Kotak)
|
2.00
|
1.80
|
8
|
Bahulu
Gulung
(Dengan
Kotak)
|
2.20
|
2.00
|
9
|
Muffin
|
1.20
|
1.00
|
10
|
Bahulu
Cermai
(3 Biji +
Kotak)
|
1.00
|
0.80
|
11
|
Kek Marble
(Acuan Labu)
|
2.30
|
2.10
|
12
|
Bahulu
Kosong
(Acuan Labu)
|
2.00
|
1.80
|
13
|
Bahulu
Cermai (50Biji)
|
7.50
|
-
|
14
|
Lapis Nenas
|
14.00
|
-
|
15
|
Lapis Koko
|
25.00
|
-
|
16
|
Kek Kukus(1
Kg)
|
30.00
|
-
|
17
|
Kek Kukus
(1/2 Kg)
|
15.00
|
-
|
Saya baru pergi interview PMM utk beberapa hari yg lepas..staff2 dan pemilik perusahaan memg baik2 belaka..bg kerjasama utk sy jayakan asgnment keusahawanan sy..tapi ada maklumat di sini yg tidak diberikan oleh pemilik kpd sy,justeru, sy memohon utk mengambil sedikit maklumat spt profil pemilik dan syarikat..terima kasih...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekami amat menghargai usaha pihak cik/encik menyediakan informasi seperti diatas
walaubagaimanapun, untuk makluman harga produk bagi tahun 2014 adalah berbeza berbanding maklumat dia tas
mohon rujuk perusahaanmakananmeru.blogspot.com
untuk harga baru bagi setiap produk
Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan para pelanggan PMM
terima kasih