Keadaan Semasa PMM

3.0      Pengeluaran Semasa Syarikat Dan Syarat Pengurusan Operasi Bagi Kilang              Perusahaan  Makanan Meru

            3.1       Analisis SWOT

Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi perusahaan atau organisasi yang bersifat satu unit perniagaan tunggal.  Proses ini melibatkan penentuan tujuan yang spesifik dari spekulasi perniagaan atau projek dan mengenal pasti  faktor dalaman dan luaran yang mendukung dan yang tidak dalam mencapai tujuan tersebut. Analisis SWOT dapat diterapkan dengan cara menganalisis dan memilih berbagai hal yang mempengaruhi keempat-empat faktornya, kemudian menerapkannya dalam gambar matrik SWOT, di mana aplikasinya adalah bagaimana kekuatan (strengths) mampu mengambil keuntungan (advantage) dari peluang (opportunities) yang ada, bagaimana cara mengatasi kelemahan (weaknesses) yang mencegah keuntungan (advantage) dari peluang (opportunities)yang ada, selanjutnya bagaimana kekuatan (strengths) mampu menghadapi ancaman (threats) yang ada, dan terakhir adalah bagaimana cara mengatasi kelemahan (weaknesses) yang mampu membuat ancaman (threats) menjadi nyata atau menciptakan sebuah ancaman baru.  

Tugasan ini adalah bertumpu kepada kilang Perusahaan Makanan Meru iaitu sebuah  perniagaan pelbagai jenis kuih tradisional iaitu bahulu. Produk yang ditawarkan adalah bahulu dengan pelbagai rasa dan bentuk. Dengan memiliki berbagai macam rasa tersebut maka masyarakat dapat memilih rasa yang mereka inginkan sesuai dengan keinginan mereka masing-masing.  Produk yang di tawarkan tidak menggunakan bahan pengawet dan tidak merosakkan anggota badan. Disini kumpulan kami  telah membina satu analisis SWOT untuk menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman Perusahaan Makanan Meru supaya dapat dijadikan sebagai penambahbaikan di kilang tersebut di masa hadapan.


3.2       Analisis SWOT untuk Kilang Perusahaan Makanan Meru

Kekuatan (Strength)
Kekuatan bagi kilang Perusahaan Makanan Meru adalah pada kualiti produk. Dihasilkan dengan bahan mentah yang bermutu membuatkan penghasilan  bahulu daripada kilang ini amat baik. Terbukti apabila pelanggan tetap mereka membeli produk ini sejak dari awal penubuhan kilang ini. Di samping kualiti produk yang baik mereka juga masih mengekalkan harga yang berpatutan untuk produk ini dan masih dapat mengawal kenaikan harga supaya ianya berpatutan dengan kualiti produk. Teknologi baru yang di gunakan dalam kilang seperti mesin pemutar, ketuhar adalah yang terbaik untuk menghasilkan produk bahulu yang baik. kekuatan produk yang paling banyak membantu kilang ini terus berada di hati pelanggan ialah tiada bahan pengawet. Mereka tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk mengekalkan kesedapan rasa produk mereka hanya menggunakan rasa asli bahulu itu sendiri.

 Kelemahan (Weakness)
Oleh kerana tiada bahan pengawet yang digunakan maka ketahanan produk tidak dapat bertahan lama. Ini membuatkan produk bahulu hanya dapat di pasarkan di dalam Negara sahaja. Lokasi yang tidak strategik juga menyumbang kepada kelemahan dalam analisis ini. Lokasi kilang yang terletak jauh dari pandangan mata pelanggan membuatkan promosi produk bahulu ini agak terhad. Walaupun kilang Perusahaan Makanan Meru mempunyai teknologi baru namun dalam mempromosikan produk bahulu, mereka masih tidak menggunakan dan tidak mengikuti peredaran penggunaan teknologi kini. Ini membuatkan produk mereka tidak dapat dikenali oleh generasi-generasi yang baru mengenai produk kuih tradisional ini.

Peluang (Opportunities)
Peluang bagi kilang ini adalah apabila produk mereka terkenal di kalangan pelanggan yang sangat setia, kilang ini sering dikunjungi pelanggan yang sangat setia bersama teman-teman mereka untuk merasa dan melihat sendiri pembuatan kuih bahulu. Ini tidak langsung akan membuatkan pengunjung-pengunjung tersebut membeli dan sekaligus ingin memasarkan produk bahulu di tempat mereka. Selain itu kilang Perusahaan Makanan Meru dan Syarikat penerbangan Malaysia bekerjasama untuk mengedarkan produk kuih bahulu mereka kepada penumpang yang menunaikan haji dan umrah. Ini merupakan tapak yang dapat memberi peluang kepada kilang Perusahaan Makanan Meru mempromosikan produk kuih bahulu mereka di seluruh Negara dan luar Negara. Cita rasa pelanggan yang berubah-ubah membuatkan kilang ini mencipta pelbagai jenis bahulu yang mempunyai perisa dan bentuk seperti bahulu gulung, bahulu kemboja dan sebagainya.Ini membuatkan permintaan terhadap kuih bahulu meningkat.

Ancaman (Threats)
Persaingan daripada segi lokasi dan Citarasa produk adalah menjadi ancaman kepada kilang ini,apabila lokasi kilang ini tersorok daripada orang ramai maka sukar untuk orang ramai datang ke kilang ini.Begitu juga dengan citarasa pelanggan yang berubah kemungkinan membawa ancaman kepada kilang ini kerana mungkin akan hilang pelanggan dan permintaan terhadap produk bahulu berkurangan.Harga bahan mentah yang tidak dapat dikawal membuatkan ancaman kepada kilang kuih bahulu kerana besar kemungkinan pembekal menaikkan harga bahan mentah seperti tepung, gula dan sebagainya. Peniruan rekabentuk produk juga menjadi ancaman kepada kilang ini kerana para pesaing yang menjalankan perniagaan produk yang sama akan meniru reka bentuk produk kuih bahulu seperti corak-corak bunga dan perisa-perisa yang di gunakan adalah sama.



3.3   Memahami Masalah Semasa Dan Potensi Masalah Yang Dihadapi Di Kilang Perusahaan Makanan Meru

Masalah-masalah yang dihadapi oleh kilang Perusahaan Makanan Meru seperti penggunaan teknologi yang masih tidak meluas, promosi yang masih kurang dijalankan, persekitaran tempat kerja yang tidak teratur/kemas dan tenaga buruh mahir serta separa mahir yang masih tidak mencukupi. Perkara-perkara ini mempengaruhi pengeluaran produk yang dikeluarkan oleh kilang Perusahaan Makanan Meru. Selain itu, potensi masalah yang mungkin dihadapi oleh kilang ini produktiviti atau produk hanya dapat dihasilkan mengikut keupayaan mesin untuk menghasilkan barangan, begitu juga dengan tenaga buruh yang masih tidak mencukupi.


3.4       Analisis tulang ikan(fishbone)

Analisis ini juga dikenali sebagai analisis sebab dan akibat. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.

Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan:

Langkah 1
Kenal pasti  masalah, misalnya laporan projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.


Langkah 2
Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya terdapat empat sebab utama kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:-
A. Manusia (man)                 
B. Peralatan (material)
C. Kaedah (method)           
D. Mesin( machine)


Langkah 3
Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah setiap sebab utama.
Daripada sebab-sebab utama, maka boleh diterbitkan sebab-sebab kecil yang berkaitan dengan masalah utama.


Langkah 4
Kenal pasti sebab-sebab sebenar. Setelah kenal pasti semua sebab kecil, barulah sebab sebenar sesuatu masalah dapat dikenal pasti



Carta ini adalah contoh carta tulang ikan (fishbone) untuk kilang Perusahaan Makanan Meru.                               

1. Tenaga Buruh
Pekerja yang tidak mahir menyukarkan lagi produktiviti kuih bahulu. Para pekerja juga tidak mengamalkan keselamatan dan kebersihan di tempat kerja.

2.  Persekitaran
Persekitaran yang tidak teratur dan tiada cirri-ciri keselamatan membuatkan pekerja bekerja di dalam keadaan tidak selesa. Contohnya panas dan pekerja tidak memakai sarung tangan semasa bekerja.

3.  Peralatan
Kilang masih menggunakan mesin dan ketuhar yang lama dan peralatan teknologi masih belum diperluaskan di dalam kilang tersebut.

 4.  Bahan mentah
Harga bahan mentah yang tidak dapat di kawal boleh mengakibatkan kualiti produk bahulu terjejas kerana untuk menghasilkan kuih bahulu perlu menggunakan bahan-bahan mentah yang terbaik.

  


No comments:

Post a Comment