Saranan/ Cadangan Strategi PMM

5.0       Saranan Strategi Perniagaan Perusahaan Makanan Meru
Saranan strategi perniagaan diperlukan untuk membuat penambahan terhadap strategi yang sedia ada. Setiap strategi yang digunakan mempunyai cara pelaksanaan yang berbeza tetapi menghasilkan keputusan yang hampir sama dan menepati kehendak dan perancangan yang ditetapkan.  Salah satu contoh strategi perniagaan yang digunakan dalam Perusahaan Makanan Meru ialah  melalui kitaran PDCA yang merupakan strategi penambahbaikan secara berterusan.


5.1 Bagaimana Strategi Yang Dipilih Dilaksanakan
Perancangan strategi merupakan faktor penentu kepada kejayaan sesebuah syarikat. Oleh itu, cadangan strategi yang disarankan kepada perusahaan makanan Meru untuk bertahan dan mempunyai daya saing dengan organisasi lain melalui Strategi Pengurusan Kualiti. Perusahaan Meru perlu memberi penekanan terhadap Strategi dalam penambahbaikan yang berterusan melalui proses kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Act). Penambahbaikan berterusan merupakan satu sistem yang disusun dengan menggunakan langkah-langkah yang ditertentukan lebih awal untuk menyelidik proses yang terlibat. Ia bertujuan untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas semua unit operasi yang melibatkan pekerja, peralatan, pembekal, bahan mentah dan pengeluar.
Sebagai contoh, Perusahaan Makanan Meru menghadapi masalah dari segi ketahanan produk dimana bahulu yang dihasilkan tidak tahan lama. Kebiasaannya, bahulu yang dihasilkan oleh Perusahaan Makanan Meru hanya tahan dan elok untuk dimakan dalam tempoh dua minggu sahaja. Perusahaan Makanan Meru telah membuat perancangan untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan proses kitaran PDCA bagi proses penambahbaikan. Antara langkah yang dilakukan oleh Perusahaan Makanan Meru adalah dengan merancang cara untuk menambahbaikkan produk dengan melibatkan pengurusan kualiti, penyelidikan dan pemasaran. Perusahaan Makanan Meru membuat percubaan dengan membuat penyelidikan dan kajian tentang resepi dan bahan-bahan yang bersesuaian untuk digunaan untuk menghasilkan bahulu yang tahan lama. Selain itu, Perusahaan Makanan Meru juga menggunakan khidmat nasihat dan bantuan daripada FAMA didalam menghasikan produk yang berkualiti dan mempunyai ketahanan yang tinggi dalam mengekalkan keaslian produk bahulu yang dihasilkan supaya dapat bersaing di pasaran antrabangsa.
Selepas itu, Perusahaan Makanan Meru akan membuat pemeriksaan sama ada perkara yang dirancang berkesan ataupun tidak. Disamping untuk memastikan produk yang dihasilkan  betul-betul mempunyai kualiti ketahanan yang tinggi dan dapat memenuhi citarasa pelanggan. Dengan adanya tindakan secara berterusan dapat memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk digunakan atau dimakan. Pembangunan dari segi pengekalan kualiti perkhidmatan pekerja dilakukan dengan mewujudkan suasana kerja yang selesa dan rehat yang cukup. Dari pemerhatian, wujudnya satu sistem rangkaian kerja yang sistematik diantara pekerja dimana setiap pekerja mempunyai skop tugas mereka yang tersendiri dan mereka akan bekerja dalam satu pasukan. Suasana ini telah mewujudkan satu hubungan kerja yang erat antara pekerja-pekerja dalam memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan.


5.2 Langkah-Langkah Bagi Pelaksanaan Strategi
Perusahaan Makanan Meru telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ketidaktahanan produk melalui kitaran PDCA dengan menggunakan langkah-langkah seperti berikut:

Plan/ Merancang
Merancang cara untuk menyelesaikan masalah setelah mengetahui masalah utama berdasarkan Pareto analisis. Perusahaan Makanan Meru mendapati masalah ketidaktahanan produk merupakan faktor penghalang kepada penembusan produk bahulu ke pasaran luar dan antarabangsa. Seterusnya ialah penyediaan jadual pelaksanaan projek atau masalah. Antaranya langkah- langkah yang terlibat dalam penyediaan jadual pelaksanaan tersebut ialah mengenalpasti segala aktiviti penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

Do/ Membuat
Langkah kedua yang dititikberatkan ialah pelaksanaan. Antara langkah- langkah yang perlu diambil ialah penganalisisan masalah. Perusahaan Makanan Meru perlu mengkaji dan membuat penambahbaikan atau pengubahsuaian resepi atau bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahulu disamping meminta bantuan dan pandangan daripada pakar pemakanan dan melalui unit penyelidikan dan keberkesanan berdasarkan pemeriksaan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Selain itu, Perusahaan Makanan Meru juga perlu memastikan pekerja melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Check/pemeriksaan
Langkah ketiga ialah penyemakan. Di peringkat penyemakan, aktiviti yang terlibat ialah penilaian. Penilaian ini boleh dijalankan melalui pungutan data dan analisis data dalam tempoh uji cuba. Antara langkah- langkah yang boleh dijalankan ialah dengan membuat soal selidik terhadap beberapa orang responden. Selain itu, temu ramah juga turut dijalankan. Dengan cara ini, masalah dapat dikenalpasti lebih efektif dan teratur. Seterusnya, pemantauan juga turut dijalankan dengan membuat penyamaran sebagai pelanggan ketika berurusan dengan pihak pengurusan. Dengan kaedah ini, individu yang bermasalah lebih dapat dikenalpasti. Pemeriksaan terhadap unit operasi melibatkan pekerja, mesin, pembekal, bahan mentah dan pengeluar produk juga dilakukan bagi menjaga kualiti pengeluaran produk. Perbandingan data sebelum penambahbaikan dibandingkan dengan data selepas penambahbaikan dilakukan.

Action/ Tindakan
Langkah yang terakhir yang perlu dititikberatkan ialah tindakan. Aktiviti yang terlibat ialah penyeragaman tindakan-tindakan pembetulan. Perusahaan Makanan Meru akan melaksanakan tindakan melalui langkah yang telah dibuat dan seterusnya jika berlaku apa-apa masalah yang berkaitan dengan penghasilan produk bahulu, perlaksanaan yang sama akan diambil atau melaksanakan langkah baru.


5.3       Rasional Dan Peningkatan Daripada Pelaksanaan Yang Telah Dilakukan
Strategi pengurusan kualiti dengan menggunakan Kaedah PDCA menjadikan Perusahaan Makanan Meru memahami matlamat perusahaannya dan mencipta misi yang tepat supaya tidak tersasar daripada matlamat sebenar perusahaan. Disamping itu, kaedah ini dapat menjadi panduan kepada Perusahaan Makanan Meru merancang perlaksanaan yang terbaik iaitu sama ada untuk menyelesaikan masalah atau mencegah permasalahan yang berpotensi tinggi dapat diatasi.
Perusahaan juga dapat mencapai kualiti perkhidmatan dengan secepat mungkin kerana dengan perlaksanaan yang tersusun ini, membolehkan pihak pengurusan mengawal kualiti pengeluaran dan mengatasi masalah dengan berperingkat. Selain itu, dengan kaedah ini perusahan dapat menjalankan  pelaksanaan  secara sistematik dan teratur melalui penjadualan yang telah dibina supaya tidak mengambil masa yang lama dalam melaksanakan atau menyelesaikan permasalahan yang mampu meningkatkan kos pengeluaran dan operasi produk.
Selain itu, dengan perlaksanaan pengurusan PDCA juga, kos operasi dapat dikurangkan dengan pendekatan yang sistematik. Kaedah ini akan mampu memberikan motivasi dan inspirasi kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan kerana pekerjaan yang dilakukan mempunyai matlamat yang jelas dan teratur. Semangat bekerjasama juga dapat diwujudkan melalui kaedah PDCA kerana perlaksanaannya yang memerlukan kerjasama diantara pihak atasan dan orang bawahan serta sekaligus dapat meminimakan jurang perhubungan. Strategi pengurusan kualiti melalui kaedah PDCA mampu menjadikan semua peringkat dalam keadaan terkawal dan tindakan pembetulan mampu dilaksanakan mengikut yang dirancang dan perbincangan antara bahagian pengurusan menjadikan percambahan idea yang rasional dan bernas.

Kesimpulannya, melalui strategi pengurusan kualiti dengan menggunakan kaedah PDCA, Perusahaan Makanan Meru mampu mewujudkan strategi persaingan iaitu dapat bersaing dengan pesaingnya melalui keunikan dan kelainan sifat atau ciri pada produk yang dikeluarkan dengan melakukan perancangan yang efisyen dan efektif, dengan kaedah PDCA, perusahaan mampu mengenalpasti rantaian nilai-nilai yang berkaitan dan mengagihkan kos operasi dan aset maka dapat mengurangkan kos dalam pengoperasian. Melalui perancangan yang bertepatan dengan matlamat, syarikat akan lebih fokus terhadap permintaan produk yang tinggi permintaannya atau permasalahan yang perlu diutamakan untuk diselesaikan. Strategi pengurusan kualiti yang dipilih oleh Perusahaan Makanan Meru dalam mengekalkan dan menambahbaikkan kualiti produk adalah bertepatan kerana akan memberikan pandangan positif kepada pelanggan tetap dan pelanggan berpotensi. Walaupun strategi pemasaran berkesan meyakinkan pelanggan akan tetapi, apabila produk tidak berkualiti, kepercayaan kepada produk Bahulu akan mula terhakis. Sehubungan dengan itu, Perusahaan Makanan Meru wajar menggunakan strategi pengurusan kualiti dalam menghasilkan pengeluaran yang berkualiti bagi meningkatkan permintaan kepada produk dan menjadi pembekal utama dalam industri makanan.

No comments:

Post a Comment