Analisis Strategi PMM


4.0       Analisis Strategi Perniagaan Perusahaan Makanan Meru
Strategi adalah usaha – usaha untuk mencapai sesuatu objektif dengan melihat kepada teknik – teknik yang sistematik dan terancang. Bagi mencapai misi Perniagaan Perusahaan Makanan Meru, kami dapat gariskan beberapa perkara yang perlu dipersoalkan iaitu : 
a)    Apakah strategi perniagaan
b)    Bagaimana untuk organisasi mencapai objektif atau matlamat
c)    Bagaimana menangani tekanan persaingan
d)    Bagaimana perubahan dalam permintaan pelanggan
Perniagaan Perusahaan Makanan Meru bermatlamat untuk mengekalkan cita rasa asli kuih Bahulu dengan penyediaan yang moden dan suci di samping menjadikan Bahulu sebagai makanan ringan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau bahan pengawet. Selain daripada itu, perusahaan ini juga berhasrat untuk mengembangkan cawangannya ke seluruh Malaysia dan juga peringkat global.

           
4.1        Penilaian Strategi Semasa Perniagaan Perusahaan Makanan Meru
            4.1.1     Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti
Kualiti merupakan salah satu strategi yang penting dalam usaha memperbaiki operasi. Penambahbaikan kualiti bermaksud meningkatkan mutu barangan atau perkhidmatan dalam usaha untuk mendahului pesaing untuk kelebihan persaingan. Perniagaan Perusahaan Makanan Meru mengambil pendekatan kualiti berdasarkan pengguna. Pengusaha bertanya kepada pelanggan mengenai kuih bahulu yang dihasilkan. Pelanggan bertindak sebagai hakim dengan menyatakan bahawa kuih bahulu keluaran perusahaan ini adalah yang terbaik di daerah Meru dan kualiti yang dihasilkan menepati kehendak mereka sebagai pembeli.


4.1.2     Strategi Dalam Operasi (Pemasaran)
Perniagaan Perusahaan Makanan Meru telah membina laman blog dan facebook yang mengandungi maklumat tentang perniagaan seperti latar belakang syarikat, produk yang dihasilkan dan cara untuk menghubungi Perusahaan Makanan Meru. Selain daripada itu, pembungkusan juga turut memainkan peranan dalam meningkatkan volume permintaan oleh pelanggan seperti menyediakan kotak yang bersesuaian untuk kuih bahulu yang pelbagai saiz dan jenis.


4.2       Analisis dan Menilai Strategi Bersesuaian Bagi Perniagaan Perusahaan Makanan Meru
            4.2.1    Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti
Berdasarkan pemerhatian kami ketika berkunjung ke kilang pembuatan kuih bahulu ini, kami ingin memperkenalkan kepada pihak pengurusan untuk menggunakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan dan penambahbaikan berterusan. Ini bermakna pengusaha mendapat maklumat pelanggan melalui penyelidikan konsumer yang dijalankan dengan menggunakan kaedah – kaedah moden seperti pensampelan dan reka bentuk eksperimen untuk mengenalpasti kehendak, keperluan dan jangkaan pelanggan terhadap kuih bahulu. Hal ini bermaksud Perniagaan Perusahaan Makanan Meru boleh menjalankan satu program seperti Hari Bersama Rakyat dengan memberi sumbangan produk – produk keluaran perusahaan ini secara percuma kepada penduduk setempat dan mengambil cadangan serta pandangan pelanggan terhadap hasil produk yang dikeluarkan.


4.2.2    Strategi Operasi
Kami dapat menganalisis strategi dan menilai strategi yang bersesuaian adalah strategi operasi. Strategi operasi adalah strategi yang wujud daripada strategi perniagaan setelah dikecilkan mengikut peranan setiap fungsian seperti operasi, pemasaran dan kewangan. Hal ini termasuklah keputusan yang diambil terhadap isu pembekal telur ayam gred AA, keperluan peralatan baru seperti mesin pembakar yang berkualiti, dan pembungkusan kuih bahulu sama ada di dalam beg plastik atau kotak di dalam menjaga alam semulajadi. Sebagai contoh, Perniagaan Perusahaan Makanan Meru terkenal dengan kualiti kuih Bahulu Kemboja tradisionalnya yang lembut dan enak, maka kualiti yang tinggi diletakkan pada rasa kuih Bahulu Kemboja itu sendiri sebagai strategi perniagaan. Seterusnya beberapa strategi fungsian dibentuk bagi memastikan pelanggan akan membeli dengan lebih banyak kuih Bahulu Kemboja yang enak rasanya untuk membuktikan rasa tradisi kuih tersebut. Oleh itu, pengawalan kualiti telah dijalankan di peringkat operasi terutama dalam penyediaan bahan mentah dan pemprosesan bagi mengekalkan kesedapannya. Di peringkat pemasaran pula, pekerja menemui pelanggan dan menggunakan boring soal selidik untuk mengenalpasti sebarang kekurangan kualiti dalam kuih bahulunya.


4.3      Mengenal Pasti Strategi Yang Paling Sesuai Bagi Perniagaan Perusahaan Makanan Meru

Setelah dianalisis, kumpulan kami berjaya mengenal pasti strategi yang paling sesuai bagi meningkatkan volume jualan kuih Bahulu yang pelbagai jenis ini. Perusahaan Makanan Meru perlu memberi penekanan terhadap Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti kerana strategi ini dapat meningkatkan kualiti produk dan pengurusan perniagaan akan menjadi lebih sistematik, efisyen dan efektif. Walter Shewhart telah mencipta kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Act) untuk proses penambahbaikan yang berterusan. Pengurusan yang berkesan adalah daripada perancangan yang dibuat, susun atur perlaksanaan, kepimpinan dari pengusaha perniagaan bagi melaksanakan proses kawalan  dari segi kualiti dan pekerja mahir. Penilaian daripada perlaksanaan mampu meningkatkan nilai kerja yang tidak efektif. Selain itu, pembangunan dan penyelidikan perlu ditekankan lebih oleh perusahaan makanan ini bagi menghasilkan satu produk yang boleh diterima dan sentiasa menjadi rebutan masyarakat. Kaedah PDCA ini perlu dilaksanakan bagi mendapatkan strategi yang berkesan dengan mengukur permasalahan dengan 7 Alat Kualiti. Penambahbaikan berterusan ini merupakan salah satu daripada 5 Konsep Kualiti Pengurusan Menyeluruh yang efektif. Proses ini melibatkan pekerja yang dilantik mahir atau tidak di dalam pembuatan kuih Bahulu tradisional ; peralatan berupa mesin acuan dan mesin pembakar yang berkualiti ;dan pembekal bahan mentah seperti telur gred AA, tepung dan gula yang konsisten di dalam menghantar kuantiti yang diperlukan pengusaha Perusahaan Makanan Meru tersebut. 

No comments:

Post a Comment